Sabtu, 13 Jun 2009

PENGENALAN - BAKTI SISWA

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti (pindaan 1998). Ditubuhkan pada 30 Disember 2004, persatuan ini bukan sahaja bermatlamatkan mendedahkan ahli persatuan kepada program-program ilmiah semata-mata, malah turut memupuk jiwa individu yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Program Bakti Siswa atau BAKSIS, merupakan satu daripada program utama PMFEP yang memberi penekanan kepada program khidmat bakti masyarakat. Bermula dari penubuhan PMFEP, beberapa program BAKSIS telah dijalankan di beberapa buah tempat termasuklah di Kampung Kundang Ulu, Muar (Kampung Angkat UKM) dan rumah-rumah anak yatim di sekitar Selangor.

Atas rasa tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan, PMFEP sesi 2009-2010 telah mengambil inisiatif untuk melantik sebuah kampung yang berpotensi untuk dibangunkan dan seterusnya dijadikan sebagai Kampung Angkat Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP). Kampung tersebut ialah Kampung Ampangan, Tanjong Karang, Selangor. Selaras dengan perlantikan Kampung Angkat FEP ini, semua program BAKSIS akan tertumpu di kampung ini sahaja. Bertindak sebagai pelopor program ini, PMFEP sesi 2009-2010 akan menyediakan perancangan jangka panjang program-program yang akan dijalankan di Kampung ini dan akan diteruskan oleh saff kepimpinan PMFEP bagi sesi-sesi yang akan datang.

Perlantikan Kampung Angkat FEP ini adalah berdasarkan rasa prihatin PMFEP untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Program ini juga bertepatan dengan misi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memperkasa program-program khidmat masyarakat. Ia juga merupakan sebahagian program PMFEP untuk menyokong keahlian UKM di The Tallories Network yang menitikberatkan program-program kemasyarakatan dan khidmat sosial.

Program-program yang dijalankan di Kampung Ampangan ini akan melibatkan semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Bentuk-bentuk program juga adalah bersesuaian dengan kepakaran para pelajar dan pensyarah FEP iaitu dalam bidang ekonomi dan perniagaan termasuklah dalam bidang pembangunan usahawan, sumber manusia dan hak pengguna. Selain itu, program-program yang dijalankan juga akan melibatkan bidang-bidang minor seperti pembangunan akademik, teknologi dan kerohanian.

Di samping menabur bakti kepada masyarakat, program seumpama ini juga dapat mendedahkan mahasiswa/i FEP khususnya kepada aktiviti luar yang dapat melahirkan generasi pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab. Program ini adalah sebahagian latihan awal kepada mahasiswa/i supaya lebih berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebelum memasuki alam pekerjaan serta sebagai langkah awal membentuk pelapis pemimpin masyarakat yang prihatin.

PERANCANGAN BAKSIS 5 TAHUN PERTAMA

Selaras dengan perlantikan Kampung Ampangan sebagai Kampung Angkat FEP ini kelak, PMFEP sesi 2009-2010 akan bertindak sebagai perintis kepada program BAKSIS yang akan berlanjutan di kampung ini bermula sesi 2009-2010. Berikut merupakan perancangan jangka panjang BAKSIS PMFEP bagi tempoh lima tahun pertama bermula sesi 2009-2010 yang akan membawa konsep yang berlainan bagi setiap sesi.

Sesi 2009-2010
Bakti Siswa - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada dunia perniagaan dan keusahawanan kepada penduduk kampung.
2. Pengumpulan data awal kedudukan ekonomi semasa penduduk kampung.
3. Kajian tentang pengetahuan ekonomi dan keusahawanan di kalangan penduduk kampung.
4. Pembangunan usahawan desa cemerlang dan berjaya.
5. Memotivasikan penduduk kampung untuk menjadi usahawan yang kompetitif.
6. Menanam sifat suka kepada keusahawanan dan berusaha untuk merubah diri untuk berjaya terutama di kalangan pelajar sekolah dan remaja.

Sesi 2010-2011
Bakti Siswa - Pembangunan Sumber Manusia (BAKSIS-PESUMA)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada pembangunan sumber manusia dan kepentingannya.
2. Pengumpulan statistik data sumber manusia bagi penduduk kampung.
3. Program memperkasakan sumber manusia dan modal insan berketrampilan.
4. Pembentukan sumber manusia kelas pertama kepada para pelajar sekolah.
5. Memberi motivasi kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah untuk berusaha sedaya upaya sehingga berjaya memasuki universiti terutama Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Pengenalan dan pendedahan kepada dunia kerjaya sebenar.
7. Kesedaran terhadap hak dan undang-undang sumber manusia.

Sesi 2011-2012
Bakti Siswa - Pembangunan Produk & Pasaran Desa (BAKSIS-PROPAD)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada konsep pembangunan produk dan pasaran mengikut keupayaan penduduk kampung termasuklah peluang memasuki pasaran global.
2. Kajian dan pengumpulan statistik data produk dan pemasaran produk keluaran penduduk kampung.
3. Program pengkayaan produk berasaskan kampung.
4. Pengenalan kepada teknik pemasaran yang berkesan.
5. Pembangunan jenama produk dan kelebihannya.
6. Pengurusan logistik yang berkesan dan kepentingannya.

Sesi 2012-2013
Bakti Siswa - Asas Pengurusan Perakaunan & Kewangan (BAKSIS-ASPEK)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada pengurusan sistem perakaunan dan kewangan.
2. Kajian tentang penggunaan sistem perakaunan dan pengurusan kewangan di kalangan penduduk kampung.
3. Pendedahan kepada pengurusan kewangan, pengurusan kredit dan pengurusan koperasi.
4. Pengenalan kepada konsep pelaburan dan sistem kewangan Islam.
5. Kesedaran dan pencegahan kepada skim cepat kaya dan pengurusan kewangan tidak berhemah.
6. Kempen menabung dan penyimpanan duit saku bagi pelajar sekolah dan golongan muda.

Sesi 2013-2014
Bakti Siswa - Pembangunan Kesedaran Pengguna, Undang-Undang & Harta Intelek (BAKSIS-CLIP)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada keperluan mengetahui hak sebagai pengguna serta undang-undang berkaitan pengurusan perniagaan dan koperasi.
2. Kepentingan hak terhadap harta intelek.
3. Kempen Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak serta hak-hak pengguna.
4. Pendedahan kepada sistem prosedur dan saluran penghakiman dan perundangan.
5. Kesedaran terhadap keperluan mematuhi undang-undang yang berkaitan perniagaan dan lain-lain.
6. Pendidikan awal berkenaan kepenggunaan kepada para pelajar.

Selain program-program mega yang telah dirancang di atas, program-program sampingan juga turut diadakan seperti:
1. Majlis jamuan berbuka puasa dan sambutan hari raya.
2. Bantuan/ sumbangan kewangan dan peralatan asas apabila kampung ditimpa bencana.
3. Majlis solat hajat, berkhatam dan berkhatan.
4. Program anak angkat bersama masyarakat kampung.
5. Lawatan sambil belajar untuk mendedahkan masyarakat kampung dengan dunia luar.
6. Lain-lain program yang difikirkan berkeperluan dengan kehendak semasa.

ORGANISASI INDUK BAKTI SISWA PMFEP 2009-2010

Penaung
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras I
Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa
Pengarah
Pusat Perkembangan Pelajar, UKM

Penyelaras II
Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani
Dekan
Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM

Penasihat
Prof. Madya Dr. Romlah Jaffar
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar, Akademik & Antarabangsa)
Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM

Presiden
Jaffar Tukiran
Perakaunan : Tahun 3

Timbalan Presiden
Soh Yee Leeng
Perakaunan : Tahun 3

Setiausaha
Norfadzilla Fakhari
Perakaunan : Tahun 3

Timbalan Setiausaha
Nur Fathiahanna Mohd Hanapi
Pengurusan Perniagaan : Tahun 3

Bendahari
Muhammad Hanis Bahru Ruzi
Perakaunan : Tahun 3

Timbalan Bendahari
Norliyana Remeli
Perakaunan : Tahun 3

BAKTI SISWA - PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT (BAKSIS-PES)


PENGENALAN
Konsep pertama yang dibawa oleh PMFEP dalam program Bakti Siswa sesi 2009-2010 ialah pembangunan ekonomi dan usahawan masyarakat di Kampung Angkat FEP iaitu Kampung Ampangan, Tanjong Karang, Selangor. Oleh yang demikian, nama Bakti Siswa - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES) telah dipilih. Bertemakan "Mahasiswa Menerajui Pembangunan Ekonomi Sejagat", BAKSIS-PES diadakan dengan tujuan membantu masyarakat kampung meningkatkan taraf hidup dan sumber ekonomi melalui pembangunan sumber-sumber sedia ada dan keusahawanan. Dijadualkan akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2009 dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Hj Lias, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Parlimen Tanjong Karang.. Program ini dianjurkan oleh Exco Khidmat Sosial & Kemasyarakatan dan Exco Pembangunan Usahawan PMFEP dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Ekonomi Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

ORGANISASI PELAKSANA
BAKTI SISWA - PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT

Ketua Pengarah
Nur 'Iffah Razali
Perakaunan : Tahun 3

Timbalan Ketua Pengarah I
Najaa Abd Mubin
Pengurusan Perniagaan : Tahun 2

Timbalan Ketua Pengarah II
Parimala a/p Krishnasamy
Ekonomi : Tahun 2

Setiausaha
Siti Nurfarahhin Mohd Rasid
Perakaunan : Tahun 2

Timbalan Setiausaha
Nurfaradilla Haron
Ekonomi : Tahun 3

Bendahari
Ng Yen Fei
Pengurusan Perniagaan : Tahun 3

Timbalan Bendahari
Hamizah Jamaluddin
Perakaunan : Tahun 2

Pengarah Program
Norliyana Remeli
Perakaunan : Tahun 3

Pengarah Protokol
Norfadlina Che Musa
Pengurusan Perniagaan : Tahun 3

Pengarah Publisiti
Khairul Nizam Mohamed Noor
Pengurusan Perniagaan : Tahun 3

Pengarah Keselamatan
Mohd Fadli Abdinur
Pengurusan Perniagaan : Tahun 2

Pengarah Cenderamata
Mazni Md Zin
Perakaunan : Tahun 3

Pengarah Tugas-Tugas Khas
Norhaslinda Mat Zawawi
Pengurusan Perniagaan : Tahun 3

Pengarah Pengangkutan & Penginapan
Siti Samiha Mohamad Shokri
Perakaunan : Tahun 3

Pengarah Hubungan Luar
Nur Rahmah Omar
Ekonomi : Tahun 3

Pengarah Jamuan
Siti Saera Kadri
Perakaunan : Tahun 3

Pengarah Teknikal
Kumaran a/l Loganathan
Pengurusan Perniagaan : Tahun 2

Pengarah Pemasaran
Eizzaty Nawawi
Perakaunan : Tahun 2

Pengarah Aktiviti
Junaidah Omri
Perakaunan : Tahun 3

Pengarah Seminar & Ceramah
Chong Yee Chyi
Perakaunan : Tahun 2

Pengarah Ekspo & Jualan
Chin Yin Heng
Perakaunan : Tahun 3