Sabtu, 13 Jun 2009

PERANCANGAN BAKSIS 5 TAHUN PERTAMA

Selaras dengan perlantikan Kampung Ampangan sebagai Kampung Angkat FEP ini kelak, PMFEP sesi 2009-2010 akan bertindak sebagai perintis kepada program BAKSIS yang akan berlanjutan di kampung ini bermula sesi 2009-2010. Berikut merupakan perancangan jangka panjang BAKSIS PMFEP bagi tempoh lima tahun pertama bermula sesi 2009-2010 yang akan membawa konsep yang berlainan bagi setiap sesi.

Sesi 2009-2010
Bakti Siswa - Pembangunan Ekonomi Setempat (BAKSIS-PES)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada dunia perniagaan dan keusahawanan kepada penduduk kampung.
2. Pengumpulan data awal kedudukan ekonomi semasa penduduk kampung.
3. Kajian tentang pengetahuan ekonomi dan keusahawanan di kalangan penduduk kampung.
4. Pembangunan usahawan desa cemerlang dan berjaya.
5. Memotivasikan penduduk kampung untuk menjadi usahawan yang kompetitif.
6. Menanam sifat suka kepada keusahawanan dan berusaha untuk merubah diri untuk berjaya terutama di kalangan pelajar sekolah dan remaja.

Sesi 2010-2011
Bakti Siswa - Pembangunan Sumber Manusia (BAKSIS-PESUMA)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada pembangunan sumber manusia dan kepentingannya.
2. Pengumpulan statistik data sumber manusia bagi penduduk kampung.
3. Program memperkasakan sumber manusia dan modal insan berketrampilan.
4. Pembentukan sumber manusia kelas pertama kepada para pelajar sekolah.
5. Memberi motivasi kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah untuk berusaha sedaya upaya sehingga berjaya memasuki universiti terutama Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Pengenalan dan pendedahan kepada dunia kerjaya sebenar.
7. Kesedaran terhadap hak dan undang-undang sumber manusia.

Sesi 2011-2012
Bakti Siswa - Pembangunan Produk & Pasaran Desa (BAKSIS-PROPAD)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada konsep pembangunan produk dan pasaran mengikut keupayaan penduduk kampung termasuklah peluang memasuki pasaran global.
2. Kajian dan pengumpulan statistik data produk dan pemasaran produk keluaran penduduk kampung.
3. Program pengkayaan produk berasaskan kampung.
4. Pengenalan kepada teknik pemasaran yang berkesan.
5. Pembangunan jenama produk dan kelebihannya.
6. Pengurusan logistik yang berkesan dan kepentingannya.

Sesi 2012-2013
Bakti Siswa - Asas Pengurusan Perakaunan & Kewangan (BAKSIS-ASPEK)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada pengurusan sistem perakaunan dan kewangan.
2. Kajian tentang penggunaan sistem perakaunan dan pengurusan kewangan di kalangan penduduk kampung.
3. Pendedahan kepada pengurusan kewangan, pengurusan kredit dan pengurusan koperasi.
4. Pengenalan kepada konsep pelaburan dan sistem kewangan Islam.
5. Kesedaran dan pencegahan kepada skim cepat kaya dan pengurusan kewangan tidak berhemah.
6. Kempen menabung dan penyimpanan duit saku bagi pelajar sekolah dan golongan muda.

Sesi 2013-2014
Bakti Siswa - Pembangunan Kesedaran Pengguna, Undang-Undang & Harta Intelek (BAKSIS-CLIP)

Pengisian utama:
1. Pengenalan kepada keperluan mengetahui hak sebagai pengguna serta undang-undang berkaitan pengurusan perniagaan dan koperasi.
2. Kepentingan hak terhadap harta intelek.
3. Kempen Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak serta hak-hak pengguna.
4. Pendedahan kepada sistem prosedur dan saluran penghakiman dan perundangan.
5. Kesedaran terhadap keperluan mematuhi undang-undang yang berkaitan perniagaan dan lain-lain.
6. Pendidikan awal berkenaan kepenggunaan kepada para pelajar.

Selain program-program mega yang telah dirancang di atas, program-program sampingan juga turut diadakan seperti:
1. Majlis jamuan berbuka puasa dan sambutan hari raya.
2. Bantuan/ sumbangan kewangan dan peralatan asas apabila kampung ditimpa bencana.
3. Majlis solat hajat, berkhatam dan berkhatan.
4. Program anak angkat bersama masyarakat kampung.
5. Lawatan sambil belajar untuk mendedahkan masyarakat kampung dengan dunia luar.
6. Lain-lain program yang difikirkan berkeperluan dengan kehendak semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan